Pembimbing Rakan Dinamik
Kolej Matrikulasi Melaka
We Share Because We Care ♥


Tujuan blogspot ini diwujudkan selepas wujudnya facebook PRD adalah sebagai satu lagi langkah dalam usaha PRD untuk menyalurkan informasi yang berguna serta berperanan dalam membantu para pelajar . Definisi membantu ialah menolong orang lain dan wujudnya PRD adalah untuk membantu para pelajar . Walaubagaimanapun kami hanya dapat membantu daripada segi memberi pendapat , idea dan nasihat bukannya menolong menyelesaikan masalah tersebut . Kami sentiasa ada di sekeliling dan di samping anda . Sekiranya anda mengalami dilema , anda bolehlah berkongsi dengan para ahli PRD yang anda percayai . Sesungguhnya , kami sentiasa berusaha untuk membantu anda seperti ' We Share Because We Care ' .
Jikalau terdapat sebarang persoalan , anda bolehlah berhubung dan bertanya kepada ahli PRD . Kewujudan blog ini juga sebagai medium untuk anda lebih mengenali kami . Hal ini kerana kami akan sentiasa mengkemaskinikan blog kami iaitu sentiasa menulis apakah aktiviti yang PRD laksanakan daripada semasa ke semasa :)

CARTA ORGANISASI PRD SESI 2011/2012

PRESIDEN : MUHAMMAD FADZLI BIN ROSLY
NAIB PRESIDEN : SITI HAMSAH BT. SAMSUDIN
SETIAUSAHA I : MOHD SHAFIQ B. MD. ZIN
SETIAUSAHA II : MOHAMAD RAZIF B. KHAIRUDDIN
BENDAHARI I : NUR AMIRA BT. ZAKARIA
BENDAHARI II : YIP YAN HONG
BIRO MEDIA & KOSMIO : (K)   HANIZAH BT. ABDUL HAMID
               (PK)  NURUL FATIHAH BT. AHMAD FUAD
BIRO AKADEMIK : (K)  SITI SHUHAIDA BT. AHMAD SALIHIN
               (PK)  RINITAH A/P MATHARAN
BIRO TUGAS-TUGAS KHAS : 
(K)  YAZMIN BT HUSSIN
                                                                            (PK)  FARHANA JALWA BT SAMSUDIN
BIRO SUKAN & REKREASI : (K)  SITI NORTIEARAWATI BT MOHAMAD RADZUAN
              (PK)  FARAH AMIRA BT HAMZAH
BIRO PERHUBUNGAN & DIPLOMASI : (K)  NUR NADIA BT ISKANDAR
                                                (PK)  TEOH LI PENG
BIRO KEBAJIKAN & SAHSIAH : (K)  MOHD. SYAFIQ B. ISMAIL
                                                                                (PK)  NOORSHA’ELINA BT SHAIFUL BAHARI
BIRO PUBLISITI & PROMOSI : (K)  SHAIFUL ASMAR B. ABLAH
                                                                       (PK)  NUR ISMAZATUL HUSNA BT ISMAIL

coretan PRD

Wednesday, 21 December 2011

WADAH SANG KHALIFAH

Sinar matanya menikam menujah
Derap langkahnya mencerakin erti cinta
Cinta yang dipanji dijulang tinggi
Buat sang Khaliq dihamparkan kasih suci

Tingkahnya tidak gemalai seiring rebana
Bahkan kemas bersulam gagah
Semangat giat dititip juang disisip
Apinya marak mustahil berkelip

Dipundaknya terbeban  waad azali
Melestarikan duniawi memangkan ukhrawi
Saat makhluk-Nya yang lain berundur tanda lemah
Sang khalifah bangkit menjunjung amanah

Dekad kian berganti abad
Khalifah kecundang memikul waad
Hilang janji, pudar amanah
Inikah dia sang pemangkin ummah?

Munafikkah engkau memungkiri janji?
Munafikkah engkau menafikan yang hakiki?
Saat syiar Islam sirna kegemilangan,
Di manakah kau campak wadah perjuangan?

Engkaukah itu yang bergelar Khalifah?
Di manakah sengatmu  yang bisa melumpuhkan laknatullah?
Bangkitlah wahai sang khalifah bertuah
Susanlah bunga gerakmu seiring masa.

Safiyah binti Mustafa
Biro perhubungan dan diplomasi

we share becoz we care

No comments:

Post a Comment